Sunday, May 24, 2009

analogi hidup dlm bayi dan puting (moga dia memahaminya..)

sudah menjadi kebiasaan seorang bayi apabila mendapat sesuatu ia gemar memasukkan objek tersebut kedalam mulutnya..menggigit, menjilat kadang2 hingga tertelan.mungkin kita pernah mendengar ada bayi yang pernah dimasukkan ke dalam hospital akibat tertelan sesuatu seperti duit syiling dan sebagainya.

namun seperkara yang menarik tentang bayi adalah kegilaannya terhadap suatu bnda yang dinamakan puting.puting slalu dijadikan sebagai alat pengganti kepada susu.adalah menjadi satu kewajipan bagi seorang bayi untk memiliki puting kegemarannya.

apabila sudah terbiasa dengan keadaan berputing, ai merasakan bahawa puting tersebut adalah temannya.teman ketika ai lapar, ketika ai sedeh dan juga dlam keadaan dirinya gembira.malah tidur juga kadangkala mahu berputing juga.puting sudah menjadi teman yg akrab dalam hidupnya.

apabila tiba masanya, mungkin kerana faktor usia ataupun sebaliknya, bayi tersebut akan terpaksa berpisah dengan putingnya.bagi seorang bayi, berpisah dengan teman akrabnya merupakan suatu yang sukar diterima.

mungkin dalam tempoh terdekat, dia masih merasa akan kehilangan putingnya, namun, lama kelamaan dia akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tidak berputing itu.bayi tersebut harus belajar mendapatkan sesuatu yang lain untuk dijadikan temannya sebagaimana putingnya pernah menemaninya dahulu..

hakikatnya, kehilangan sesuatu yang penting dalam diri seorang bayi itu menyedarkan dia bahawa dunianya akan berubah dan tidak akan selalunya sama dan dia harus belajar dan memahaminya..

Saturday, May 23, 2009

untukmu yang bergelar wanita..



lelaki tidak suka menerangkan secera terperinci bagaimana perasaan dan emosi mereka apabila mereka sedang mengalami rasa cinta..

bagi mereka setelah termeterainya ikatan bersama wanita yang dicintai, maka baginya selepas uti cinta tidak perlu disebut-sebutkan lagi..

pada lelaki, sekali dia jatuh cinta, dia tahu cintanya akan terus berada di tempatnya iaitukepada wanita yang dicintanya tanpa berubah-ubah lagi..

lelaki mendapat kegembiraan dalam bercinta apabila dapat melakukan aktiviti bersama seperti berjalan2, bersukan dan sebagainya.

persahabatan dan percintaan adalah sambungan kepada aktiviti mereka lakukan bersama..

jesteru itu, wanita perlu memahami bahawa lelaki mengecapi cinta dengan melakukan aktiviti bersama-sama..

fahamilah pasanganmu wahai insan yang bergelar wanita supaya cintamu lebih bermakna..

dipetik dari buku "TIP MENJADI INDIVIDU MENARIK"nukilan Dato` Dr. Mohd. Fadzilah kamsah dan Ahmad Naim Jaafar

Thursday, May 21, 2009

mimpi semalam yg menginsafkan

semalam aku tido dah lewat pon..dalam kul 3 lebih dah.xthu sb pa x ngantok.mungkin sb aku minum radix kot mlm tu. kuar mkn ngn peqnol, akbar, paan ngn matnoq..mkn biasa ja.char kuetiaw ngn ada lg bahan sampingan.hua2~

pas balik tu, mcm biasa, aku sembg2 kejap. pastu aku jumpa kerry.ajak dia mai bilik la.dia sempat la ajar aku 2-3 lagu.dia memg bleh jadi guru yg baik lah wa ckp lu. even aku ni slow learner, dia tetap setia mengajar aku.hua3..aku bercita-cita nk main gitar bg bgos spya nanti aku bleh men kat dia..thnks kerry :)

lepas men gitar smp jari bengkak dah (biasa la org baru), aku men game bola lak. men sampai meluat la nk habaq mai..aku pon pa lg..buang cntct lens, mkn ubt (mak paksa mkn) baring la..masa tido aku mimpi.camni....

aku dengn abg2 aku nek la sebuah sampan ni..smpn kayu.kami ekot jalan ayaq sempit n dinding sungai tu tinggi..kayuh punya punya la pulun.ayaq plak deras. tetiba kami smpai kat satu buah pondok kayu.tepi sungai..dalam pondok tu ada 2 org.dua2 tua dah.laki sorg dan pmpn sorg.dah kawin asanya. xpa la.km pon nek pondok depa..bercrita punya crita, smp la wktu kami nk balik. masa nk alik tu, semua abg2 aku huluq la det kat dua org tua ni..bila smp kat turn aku, aku xhulur papa..seegt aku mgmg aku xda duet time tu. kemudian aku dgr pakcik tu kata lebih kurang camni la..

" hang ni baik..tp satu ja..ank payah nk huluq duet.."

bila aku bgun ja..aku jadi sebak.aku asa cam ada yg xkena ngn diri aku..

samp skrg aku masih egt camna rasa pagi td..

mungkin ada sesuatu yg nk disampaikan disebalik mimpi tu..

Tuesday, May 19, 2009

cerita hidup kucing dan ikan

kucing...ikan..

mudahny...

kucing ada 3 macam..

hutan..pekan..kampung

ikan?

3 macam jugak..

laut..sungai..balang

mudah kita tafsir..kucing liar jenis yg pandai cari sumber yg dia rasa perlu untk dia.kucing rumah plak yg dok kat kmpug n bndr ni, henya tau duduk, tidor, cukp masa mkn. kucing liar ni aktif beza ngn kucing umh,pasif.

ikan plak sama ja citanya.

suma kita thu, kucin memg ska mkn ikan.xda la dia mengadu yang dia suka makan nasik halba ka nasik ayam ka..xda2..

slalunya..bnda yg hidup bebas ni, lbih faham tntg dunia berbnding org yg duduk ja teperuk kat satu tmpt.

yg pndai cri pluang slalunya kucing yg biasa hidup bebas. ikan yg biasa idop x terkurung ni plak biasanya pndai elak dri dari pemangsa.

jadi..

kesimpulannya...

ikan yg mempunyai pngalaman idop yg cetek mudah menjadi magsa kepada si kucing ni td..

yg pasti, apa yg nk disampaikan ni mempunyai kaitan dengan kehidupan seharian kita.

fikirkan la..siapa kucing..dan siapa ikan?