Sunday, May 24, 2009

analogi hidup dlm bayi dan puting (moga dia memahaminya..)

sudah menjadi kebiasaan seorang bayi apabila mendapat sesuatu ia gemar memasukkan objek tersebut kedalam mulutnya..menggigit, menjilat kadang2 hingga tertelan.mungkin kita pernah mendengar ada bayi yang pernah dimasukkan ke dalam hospital akibat tertelan sesuatu seperti duit syiling dan sebagainya.

namun seperkara yang menarik tentang bayi adalah kegilaannya terhadap suatu bnda yang dinamakan puting.puting slalu dijadikan sebagai alat pengganti kepada susu.adalah menjadi satu kewajipan bagi seorang bayi untk memiliki puting kegemarannya.

apabila sudah terbiasa dengan keadaan berputing, ai merasakan bahawa puting tersebut adalah temannya.teman ketika ai lapar, ketika ai sedeh dan juga dlam keadaan dirinya gembira.malah tidur juga kadangkala mahu berputing juga.puting sudah menjadi teman yg akrab dalam hidupnya.

apabila tiba masanya, mungkin kerana faktor usia ataupun sebaliknya, bayi tersebut akan terpaksa berpisah dengan putingnya.bagi seorang bayi, berpisah dengan teman akrabnya merupakan suatu yang sukar diterima.

mungkin dalam tempoh terdekat, dia masih merasa akan kehilangan putingnya, namun, lama kelamaan dia akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tidak berputing itu.bayi tersebut harus belajar mendapatkan sesuatu yang lain untuk dijadikan temannya sebagaimana putingnya pernah menemaninya dahulu..

hakikatnya, kehilangan sesuatu yang penting dalam diri seorang bayi itu menyedarkan dia bahawa dunianya akan berubah dan tidak akan selalunya sama dan dia harus belajar dan memahaminya..

1 comment: