Tuesday, December 22, 2009

facebook,futsal dan hian shop..



dah lama aku tak menulis sesuatu dalam blog aku yang suram ni. laptop yang murah aku ni dah lama menunjukkan tanda2 akan mendapat penyakit.dan lebih kurang dua bulan yang lalu, akhrnya aku terpaksa kirimkan dia ke rumah sakit. itu yang membuatkan aku meninggalkan ruangan aku sedemikian lama. niat aku untuk selalu tulis blog bukan untuk menyakitkan hati sesiapa ataupun menimbulkan rasa kurang senang kepada sesiapa, cuma aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk diri sndri. blog aku umpamakan seperti kawan yang akan mendengar setiap apa yang aku kisahkan. bagi aku dengan cara ni aku mengurangkan saliran critaku yang tak setiap orang mahu mendengarnya hatta rakan2 karibku (kalau ada)..

lebih kurang dua bulan lepas, aku terdetik untuk menyertai rangkaian sosial yang baru, facebook. aku pernah juga menyertai rangkaian sosial yang lain seperti myspace dan friendster. tp setelah lama menggunakan rangkaian2 tersebut aku mula bosan. entah macam mana suatu hari aku membuka friendster rakanku. dia bilang " move to facebook". aku mula tertnya,"apa facebook tu??".buat kali pertama aku memulakan account aku di facebook aku langsung tak memahami cara mengendalikan laman aku sendiri. lama selepas itu aku pun memulakan account yang baru menggunakan nama "mohd hafiz md isa". bermulanya dari situ hinggalah ke saat ini, aku gemar menggunakannnya..dengan pelbagai aplikasi yang ditawarkan, aku dapt berhubung semula dengan rakan2 sekolah lama dengan amat mudah. aku dapat mengetahui perkembngan dan melihat gambar2 yang ada di profil mereka. cuma aku yang dalam kalangan yang miskin gambar. tak tahu gambar apa yang hendak diletak dan aku juga tak punya gambar yang banyak untuk dipaparkan..haha :-)

sejak aku menetap dirumah sejak 15/11, tidak ada sesuatu yang lebih menarik bagiku selain futsal. itu saja yang dapat membuatkan aku berasa sedikit gembira di rumah. teman yang lain mengajak aku ke sana ke sini. menarik juga tempat yang hendak dituju. aku tak punya banyk pilihan. kalau diikutkan hati mahu saja aku ikutkan mereka. tp dengn keadaan poketku yang kering kontang, terdetik rasa malu untuk pergi.bukan malu kepada rakan2 tp malu aku kepada mak ayah. duit yang sepatutnya digunakan untuk bayk perkara yang lain. aku pula yang membazir untuk keseronokkan yang sekejap saja. jadi aku ambil keputusan untuk hanya bermain futsal untuk mendapat keseronokkan sesuai dengan belanjanya yang tak seberapa..

sedar tak sedar dah masuk minggu ke-3 aku menjalankan tugas sebagai promoter untuk sebuah kedai sukan, hian shop. aku selesa dengan pekerjaanku. bos yang tak cerewet, kerja yang mudah, dan aku dapat lari dari kebosanan di rumah. soal gaji bukanlah keutamaan. yg penting aku dapat menambah duit saku daripada aku hanya tidur di rumah dan tak buat apa2. cuma yang menjadi masalah di sana ialah gadis2 cina. walaupun aku bertutr dengan bahasa melayu yang boleh dikatakan baku, namun mereka masih mengalami kesukaran untuk memahami apa yang hendak aku sampaikan. namun lama kelamaan, masalah tersebut bagaikan selesai sedikit dime sedikt dan aku pula dapat belajar serba sedikit bhasa cina..pertukaran yang menguntungkan walaupun sedikit..kn?:-)

sekarang aku mula memikirkan tentang membahagiakan diri sendiri. ketenangan dan kegembiraan akan membuatkan seseorang lebh positif dan kelihatan bersemangat. dan aku sedang berusaha melangkah masuk kedalam sifat yang sebegitu..

Saturday, September 5, 2009

isk3...bestkn zaman muda~hehe

salam suma kengkawan..dah lama aku xnuleh lam blog aku nih..tenet maktb aku laju sgt..aku terpaksa tggu lama2 la kalo nk siapkan makalah aku yg berilmiah nih..hua3
tp xpa..kali ni aku nk share ngn hampa suma pasai menatang pa yg dah aku buat sepanjg ku menghaibkn diri nih..layannnnnnnnnnnnnnn
zas!


red hill a/L red bull a.k.a bukit merah


pic ni aku paksa depa ambik time aku berpeluang mendekatti seekor
makhluk pelik
..hahahahahha..
makhluk pelik tu bejaya juga aku sentuh dan peluk~kih3
..ah bai wat muka bajet model lak..
taik tol ahbai..lalalla~
sori bai..memain ja : )



yg ni menakotkn!! seketika aku tgh bersiram2,
tiba2 seekor buaya tembaga simen telah menelan sedikit kepala aku!!!
aku menjerit ketakotan..
namun nasib..
aku berjaya mengalahkan boya trsebut!yeah!!


chabang

chabang nie letaknya kat mana aku xegt..hheeh..tp smwhre in perak la.naik lam 7 jam.trun jap ja lam 4 jam.tp yg bosan masa naik.tp dah smp atas ok la.tgk view yg cantik2..hik2222


pic ni sapa ambik pon aku xthu..hampa nmpk muka tensen aku??ha..aku tensen sb xda toilet..sebbek aku jes buang yg kecik2..kalo yg besaq..xtau la


ha............ni pic b4 naik..
ni la kali ptama aku naik gunung..
seb bek ada teman.lalalalala~ :p



sedim stim

nk crita pasai sedim ni memg best..p ja khemah dah ada,mkn dah sedia, melenggang ja la.xda pa nk sush2.mcm p picnic ngn femeli nuh.hahaha.xtvt dia suma syok2.km wat tubing,rafting,water cnfdent,apatah lg aku x egt..huhu..tp memg best~


aku bju putih tu..hehe..tgk azi weh..
blakang aku tu.grenyeh cam kerang.hhahahaa




ha..ni pic aku masa dok try2 naik kanu nih..
tp aku x brani g jauh2..men dekat2 ja.
tkot tenggelam karang..ha.sush ja..
janda la spa jd bini aku..muahahahahaha~


selesai la sudah hajat aku bp bulan nih..tp aku xletakkn pic byk2..kalo buh byk2 karang padat la blog aku.tp xpa...jgn esau..kepadasuma peminat aku, tggu kemunculan edisi yg akan datang.hahahahahahahahahah..aku buh byk3 pic..hahhahahahaha..
slamat posa..posa jgn xposa :-D

Tuesday, June 23, 2009

terima kasih cikgu khalid

satu tabiat aku yg buruk aku suka jadikn masalah remeh sbg masalah besar bg aku. aku pon xthu napa.. memg dah spesis aku cenggini la kot.manusia xsama.suma lain..kadang2 kalo aku pkr balik,secara waras aku pon xbetol.masalah besar apatah lg.lg aku besarkn..


tp..


bila ckgu baru masuk kelas aku td, aku rsa suka ngn dia.nama dia cikgu khalid.dia suka ckp ngn sora yg pelan.layan ja dgr.tp bukan sebab tu sgt aku suka.aku rsa apa yang dia cakap td buat aku rsa tenang dan buat aku pkr lg matang.


tema ceritera ckigu khalid mudah.miskin dan kesedaran diri.wlpon aku bukan dilahirkn dalam keluarga yang kaya,tp idop aku senang.slalu apa yg mintk akan dapat.tp aku bukan mintk selalu. sb aku takot ngn abah.bila idop aku senang,aku xpkr nikmat yg aku dapat.aku byk suka2..bila aku dah makin bertmbh ramai kwn, aku mula sedr yg idop ni mcm2 sifat.aku sdar yang kwn2 lain.depa kebanyakannya anak2 orang berada.tp apa yg aku pkr mudah ja.aku ngn keadaan aku,depa ngn keadaan depa..aku x nafi,ada jugak rasa nk idop seng kwn2 yg lain,tp Tuhan bg aku kesedaran awl..aku bukan orang yang pndai begaya.aku cuma blajar2 drpda kwn2 yg berduet ni la.kalo x, xkn aku kenal benda2 cam Zara,Topman dan yg seangkatan ngnnya la..tp wlpon aku jeneh yg xpndai begaya mewah camtu, depa still kwn rapat ngn aku.aku pon kwn ja..depan pon epi ja.agak la..ada jugak la sesetgh yg cam xnk bkwn ngn aku.tp aku x heran.aku xkco duet depa dah..huhuhu..


dalam bkwn gak la aku mula phm kehdpn org yg sush.wlpon aku xkya,tp aku xsush.mkn sentiasa ckup,duet pon xbyk tp ckup untuk tggung diri sendiri.pkaian pon byk.sampai nk kena buang2.bila aku bkwn ngn org yg sush aku phm yg aku ni dah ckup senang.ada lg kwn2 aku yg mkn pon kadang2,adik bradik ramai.bju pon xda yg elok2.tp..aku senang bkwn ngn depa.ajak g umh pon ada.aku sedeh bila egt balik depa.tp depa pandai2..aku arap nanti depa leh tolong kuarga..sejak bekwn ngn org2 yg sush ni, aku rsa lbh mghrgai mak bapak aku..lebih ada simpati..kadang2 sampai nk ngs bila aku tgk keadaan depa..tp depa kwn yg baik untk aku..


aku egt suma ni balik lepas aku kuar kelas ckgu khalid td..slama ni aku lupa..lupa lama dah.tima kaseh ckgu khalid sebab egtkn saya balik..


trima kasih..'


cikgu khalid..



Sunday, May 24, 2009

analogi hidup dlm bayi dan puting (moga dia memahaminya..)

sudah menjadi kebiasaan seorang bayi apabila mendapat sesuatu ia gemar memasukkan objek tersebut kedalam mulutnya..menggigit, menjilat kadang2 hingga tertelan.mungkin kita pernah mendengar ada bayi yang pernah dimasukkan ke dalam hospital akibat tertelan sesuatu seperti duit syiling dan sebagainya.

namun seperkara yang menarik tentang bayi adalah kegilaannya terhadap suatu bnda yang dinamakan puting.puting slalu dijadikan sebagai alat pengganti kepada susu.adalah menjadi satu kewajipan bagi seorang bayi untk memiliki puting kegemarannya.

apabila sudah terbiasa dengan keadaan berputing, ai merasakan bahawa puting tersebut adalah temannya.teman ketika ai lapar, ketika ai sedeh dan juga dlam keadaan dirinya gembira.malah tidur juga kadangkala mahu berputing juga.puting sudah menjadi teman yg akrab dalam hidupnya.

apabila tiba masanya, mungkin kerana faktor usia ataupun sebaliknya, bayi tersebut akan terpaksa berpisah dengan putingnya.bagi seorang bayi, berpisah dengan teman akrabnya merupakan suatu yang sukar diterima.

mungkin dalam tempoh terdekat, dia masih merasa akan kehilangan putingnya, namun, lama kelamaan dia akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tidak berputing itu.bayi tersebut harus belajar mendapatkan sesuatu yang lain untuk dijadikan temannya sebagaimana putingnya pernah menemaninya dahulu..

hakikatnya, kehilangan sesuatu yang penting dalam diri seorang bayi itu menyedarkan dia bahawa dunianya akan berubah dan tidak akan selalunya sama dan dia harus belajar dan memahaminya..

Saturday, May 23, 2009

untukmu yang bergelar wanita..



lelaki tidak suka menerangkan secera terperinci bagaimana perasaan dan emosi mereka apabila mereka sedang mengalami rasa cinta..

bagi mereka setelah termeterainya ikatan bersama wanita yang dicintai, maka baginya selepas uti cinta tidak perlu disebut-sebutkan lagi..

pada lelaki, sekali dia jatuh cinta, dia tahu cintanya akan terus berada di tempatnya iaitukepada wanita yang dicintanya tanpa berubah-ubah lagi..

lelaki mendapat kegembiraan dalam bercinta apabila dapat melakukan aktiviti bersama seperti berjalan2, bersukan dan sebagainya.

persahabatan dan percintaan adalah sambungan kepada aktiviti mereka lakukan bersama..

jesteru itu, wanita perlu memahami bahawa lelaki mengecapi cinta dengan melakukan aktiviti bersama-sama..

fahamilah pasanganmu wahai insan yang bergelar wanita supaya cintamu lebih bermakna..

dipetik dari buku "TIP MENJADI INDIVIDU MENARIK"nukilan Dato` Dr. Mohd. Fadzilah kamsah dan Ahmad Naim Jaafar

Thursday, May 21, 2009

mimpi semalam yg menginsafkan

semalam aku tido dah lewat pon..dalam kul 3 lebih dah.xthu sb pa x ngantok.mungkin sb aku minum radix kot mlm tu. kuar mkn ngn peqnol, akbar, paan ngn matnoq..mkn biasa ja.char kuetiaw ngn ada lg bahan sampingan.hua2~

pas balik tu, mcm biasa, aku sembg2 kejap. pastu aku jumpa kerry.ajak dia mai bilik la.dia sempat la ajar aku 2-3 lagu.dia memg bleh jadi guru yg baik lah wa ckp lu. even aku ni slow learner, dia tetap setia mengajar aku.hua3..aku bercita-cita nk main gitar bg bgos spya nanti aku bleh men kat dia..thnks kerry :)

lepas men gitar smp jari bengkak dah (biasa la org baru), aku men game bola lak. men sampai meluat la nk habaq mai..aku pon pa lg..buang cntct lens, mkn ubt (mak paksa mkn) baring la..masa tido aku mimpi.camni....

aku dengn abg2 aku nek la sebuah sampan ni..smpn kayu.kami ekot jalan ayaq sempit n dinding sungai tu tinggi..kayuh punya punya la pulun.ayaq plak deras. tetiba kami smpai kat satu buah pondok kayu.tepi sungai..dalam pondok tu ada 2 org.dua2 tua dah.laki sorg dan pmpn sorg.dah kawin asanya. xpa la.km pon nek pondok depa..bercrita punya crita, smp la wktu kami nk balik. masa nk alik tu, semua abg2 aku huluq la det kat dua org tua ni..bila smp kat turn aku, aku xhulur papa..seegt aku mgmg aku xda duet time tu. kemudian aku dgr pakcik tu kata lebih kurang camni la..

" hang ni baik..tp satu ja..ank payah nk huluq duet.."

bila aku bgun ja..aku jadi sebak.aku asa cam ada yg xkena ngn diri aku..

samp skrg aku masih egt camna rasa pagi td..

mungkin ada sesuatu yg nk disampaikan disebalik mimpi tu..

Tuesday, May 19, 2009

cerita hidup kucing dan ikan

kucing...ikan..

mudahny...

kucing ada 3 macam..

hutan..pekan..kampung

ikan?

3 macam jugak..

laut..sungai..balang

mudah kita tafsir..kucing liar jenis yg pandai cari sumber yg dia rasa perlu untk dia.kucing rumah plak yg dok kat kmpug n bndr ni, henya tau duduk, tidor, cukp masa mkn. kucing liar ni aktif beza ngn kucing umh,pasif.

ikan plak sama ja citanya.

suma kita thu, kucin memg ska mkn ikan.xda la dia mengadu yang dia suka makan nasik halba ka nasik ayam ka..xda2..

slalunya..bnda yg hidup bebas ni, lbih faham tntg dunia berbnding org yg duduk ja teperuk kat satu tmpt.

yg pndai cri pluang slalunya kucing yg biasa hidup bebas. ikan yg biasa idop x terkurung ni plak biasanya pndai elak dri dari pemangsa.

jadi..

kesimpulannya...

ikan yg mempunyai pngalaman idop yg cetek mudah menjadi magsa kepada si kucing ni td..

yg pasti, apa yg nk disampaikan ni mempunyai kaitan dengan kehidupan seharian kita.

fikirkan la..siapa kucing..dan siapa ikan?

Thursday, April 23, 2009

sedikit gumbira..ha3


henponku merah..etam org kasi..huak3






lama dah aku punya fon xda line..sekian lama aku menderita keranamu....HENPON KU!!!!
TP.....................
tiba2 muncul seorang insan mulia(mungkin la..heheheh),
dengan wajah yang bersinar2...
pada pagi yang hening dah ditambah dengan panas...
dia menawarkan sesuatu....

dia ckp.....

nk pinjam henpon aku?

aku dengan sedikit malu2....

bleh saja.
kuang3...

bleh la jugak aku mrasa henpon ada line..
aku bertekad untk membaiki henpon ku
supaya....
ia pulih seperti...
kaumnya yang lain...

moga dia tabah menggu aku menghantarnya ke kedai....

Wednesday, April 15, 2009

leteh..

aku bru habeskan ujian kecergasan ngn amali aku.aku xtau lg mcm mana result.tp harap2 ok la..aku dah leteh.leteh ngn masalah xbleh tido, masalah kengkawan, masalah peksa lg.kadang2 aku rasa mcm suma bnda xkena ja.kadang2 org buat salah ngn kita, kita diam ja. bila kita buat salah kat org, bising satu kampung.aku pon bukan nk kata aku ni baek.tp kita sama2 kawan kena la phm.kalo salah mntk maaf.hal semalam pon pasal kwn lg.aku dah muak dgr hal2 bgduh ataupun yg sejenis dgnnya.aku dah mls nk ambik thu.lantak la.bnda2 remeh slalunya akan di besar2kan.kalo dah bnda x betol, buat xthu jala.xpyh dok pkr2 smp kepala nk pecah.aku bukan apa,kita bukan budak2 lg.pkr la mana baik untk dri sndri.tah la.aku dah mls nk lyn masalah yg aku anggap xda papa tu..dah besar.pkr la..

Thursday, April 2, 2009

kenyir yang bosan..


KENYIR 19/3/09

Aku bangun awal.6.20 pg rasanya. Lepas solat aku terus baring. Ku capai telefon bimbitku lalu kutekan-tekan butangnya. Aku bosan. Aku menghantar mesej kepada beberapa orang rakan aku. Kejut bangun pagi. Ku kira mereka belum bangun lagi. Lama kemudian aku terlelap. Entah apa yang aku mimpikan. Aku pun kurang pasti. Aku tidur nyenyak dalam bilik yang semak.hahaha...

Ku lihat jam pada telefon bimbitku. Pukul 9.30 pg. Aku lantas bangun dan terus menuju ke dapur rumah kakak. Ada nasi lemak, roti canai, teh dan sedikit lauk semalam. Aku capai tuala dan terus mandi. Sabun baby johnson yang ku sapu dibadan masih terasa minyaknya walaupun setelah ku lapkan dengan tuala. Jeans hitam dan baju bundle ku lekatkan dibadan. Terasa diri segak. Maklum la, kejap lagi aku akan bertolak ke tasik kenyir. Ku kira ramai pelancong disana.cuti sekolah la katakan. Lebih kurang 10.30 pg kami bertolak ke kenyir daripada besut.

Perjalanan ke kenyir mengambil masa selama 2 jam lebih. Bosan dalam kereta. Radio tak ada, bersembang pun tidak. Aku hanya baring dan mendengar lagu-lagu yang telah aku saved dalam fon aku. Lagu yang sama aku ulang berkali-kali. Muak juga. Itu saja yang aku ada untuk menghilangkan bosan. Makanan pun tak ada. Aku sandarkan bantal kecil di sudut pintu, baringkan badan, kemudiannya lena. Itu saja yang boleh hilangkan bosan aku. Tapi pening juga kepala disebabkan banyak tidur..

Aku sampai di kenyir lebih kurang jam 1 tgh hari. Sambil menunggu pemandu bot pulang daripada kenduri, aku mundar mandir di kawasan jeti. Air tasiknya jernih. Mak aku bilang, di sini ada chalet, aku akan main jetski, naik bot, mandi kolam dan macam-macam lagi yang best la katanya. Aku pun tak tahu.aku pecaya saja la. Bosan menunggu pemandu bot, aku berjalan menuju ke kawasan yang ku kira tak mungkin dilihat keluargaku. Aku keluarkan ’ubat penghilang bosan’. Ku layan sendiri..

Ku angkat barang-barang naik ke atas bot. Bot yang belum siap. Tiada pintu, kayu kasar, bau minyak. Aku ketawa besar. Bot yang menarik! Tak la buruk sangat. Pemandu bot bilang, pak long aku yang bikin. Aku tak pernah berjumpa dengan pak long aku. Dari cakap-cakap keluarga aku tadi, pak long aku dah 20 tahun menetap di kenyir. Kemudian bot mula bergerak. Aku ketawa juga. Rasa lucu melihat keadaan bot. Aku ingat bot yang akan kami guna seperti feri untuk ke langkawi.aku silap.

Sesampai aku di penempatan pak long aku, aku tergamam sebentar. Tak ada jetski. Tak ada kolam renang. Tak ada chalet. Yang ada hanya rumah kayu di atas air. Aku diam. Diamku bukan bermaksud menghina petempatan pak long ku itu. Aku tak menyangka yang pak long aku hidup berumah di atas air. Unik. Hidup macam orang asli. Dia bukan orang susah.bukan orang miskin. Tapi mengapa dia memilih untuk tinggal di tempat yang begini?

Dia menyambut kami dengan ramah. Kami rehat sebentar menghilangkan lelah. Sambil berehat, orang tuaku rancak bersembang dengan pak long dan mak long. Maklum la, sudah 20 tahun tak jumpa. Banyak la yang hendak diceritakan. Aku berjalan-jalan sekeliling kawasan rumah terapung pak long aku ni. Semak la jugak. Kemudian mak long memanggil kami semua untuk makan. Aku makan begitu selera. Mungkin masakannya sedap. Tapi sebenarnya aku yang lapar..huahuahua

Selesai mandi air tasik, aku bersiap-siap untuk solat. Tiba-tiba aku terdegar pak long memanggil aku. Dia minta aku membantunya menurunkan bot kayuh ke tasik. Dia bilang aku boleh bersiar-siar keliling rumah dengan bot kayuh. Ku tangguhkan solat. Aku pusing sebentar keliling rumah pak long dengan bot kayuh. Ku bawa bersama anak-anak sedara aku. Ku kayuh bot itu pusing rumah pak long sekali lagi kemudian aku naik untuk solat. Selesai solat, aku mundar-mandir dalam rumah pak long. Tak tahu apa yang hendak aku lakukan. Aku pergi ke dapur. Aku cari-cari makanan yang sesuai untuk anak-anak ikan. Aku lempar tasik.

Bosan dengan ikan-ikan, aku menyendeng di tepi rumah. Lihat bintang. Tak lama kemudian mata mula berat. Ku masuk ke dalam dan merebahkan badan, tidur.

KENYIR 20/3/2009

Aku bangun lewat. Anak-anak saudara aku ligat mandi di kolam kecil. Aku salin seluar. Aku mandi di dalam tasik.di depan rumah. Tak sejuk langsung air tasik. Bimbang juga kalau-kalau ada apa-apa. Maklumla, tasik dalam. Aku mula memikirkan ikan toman. Bimbinag kalau-kalau diserangnya. Aku berenang keliling rumah dua kali. Kemudian naik dan mkn bihun goreng mak long. Biasa saja.

Selesai mkn, aku bersiap-siap untuk pulang. Tak sabar rasanya nk balik. Bosan. Pak long periksa botnya. Kami masukkan barang-barang ke dalam bot aluminium pak long. Life jacket wajib pakai. Kalau tak pakai pak long marah. Kemudian pak long memecut laju botnya. Setengah jam lebih baru kami sampai di jeti kenyir kemudian terus pulang.

Percutian yang membosankan….