Tuesday, December 22, 2009

facebook,futsal dan hian shop..



dah lama aku tak menulis sesuatu dalam blog aku yang suram ni. laptop yang murah aku ni dah lama menunjukkan tanda2 akan mendapat penyakit.dan lebih kurang dua bulan yang lalu, akhrnya aku terpaksa kirimkan dia ke rumah sakit. itu yang membuatkan aku meninggalkan ruangan aku sedemikian lama. niat aku untuk selalu tulis blog bukan untuk menyakitkan hati sesiapa ataupun menimbulkan rasa kurang senang kepada sesiapa, cuma aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk diri sndri. blog aku umpamakan seperti kawan yang akan mendengar setiap apa yang aku kisahkan. bagi aku dengan cara ni aku mengurangkan saliran critaku yang tak setiap orang mahu mendengarnya hatta rakan2 karibku (kalau ada)..

lebih kurang dua bulan lepas, aku terdetik untuk menyertai rangkaian sosial yang baru, facebook. aku pernah juga menyertai rangkaian sosial yang lain seperti myspace dan friendster. tp setelah lama menggunakan rangkaian2 tersebut aku mula bosan. entah macam mana suatu hari aku membuka friendster rakanku. dia bilang " move to facebook". aku mula tertnya,"apa facebook tu??".buat kali pertama aku memulakan account aku di facebook aku langsung tak memahami cara mengendalikan laman aku sendiri. lama selepas itu aku pun memulakan account yang baru menggunakan nama "mohd hafiz md isa". bermulanya dari situ hinggalah ke saat ini, aku gemar menggunakannnya..dengan pelbagai aplikasi yang ditawarkan, aku dapt berhubung semula dengan rakan2 sekolah lama dengan amat mudah. aku dapat mengetahui perkembngan dan melihat gambar2 yang ada di profil mereka. cuma aku yang dalam kalangan yang miskin gambar. tak tahu gambar apa yang hendak diletak dan aku juga tak punya gambar yang banyak untuk dipaparkan..haha :-)

sejak aku menetap dirumah sejak 15/11, tidak ada sesuatu yang lebih menarik bagiku selain futsal. itu saja yang dapat membuatkan aku berasa sedikit gembira di rumah. teman yang lain mengajak aku ke sana ke sini. menarik juga tempat yang hendak dituju. aku tak punya banyk pilihan. kalau diikutkan hati mahu saja aku ikutkan mereka. tp dengn keadaan poketku yang kering kontang, terdetik rasa malu untuk pergi.bukan malu kepada rakan2 tp malu aku kepada mak ayah. duit yang sepatutnya digunakan untuk bayk perkara yang lain. aku pula yang membazir untuk keseronokkan yang sekejap saja. jadi aku ambil keputusan untuk hanya bermain futsal untuk mendapat keseronokkan sesuai dengan belanjanya yang tak seberapa..

sedar tak sedar dah masuk minggu ke-3 aku menjalankan tugas sebagai promoter untuk sebuah kedai sukan, hian shop. aku selesa dengan pekerjaanku. bos yang tak cerewet, kerja yang mudah, dan aku dapat lari dari kebosanan di rumah. soal gaji bukanlah keutamaan. yg penting aku dapat menambah duit saku daripada aku hanya tidur di rumah dan tak buat apa2. cuma yang menjadi masalah di sana ialah gadis2 cina. walaupun aku bertutr dengan bahasa melayu yang boleh dikatakan baku, namun mereka masih mengalami kesukaran untuk memahami apa yang hendak aku sampaikan. namun lama kelamaan, masalah tersebut bagaikan selesai sedikit dime sedikt dan aku pula dapat belajar serba sedikit bhasa cina..pertukaran yang menguntungkan walaupun sedikit..kn?:-)

sekarang aku mula memikirkan tentang membahagiakan diri sendiri. ketenangan dan kegembiraan akan membuatkan seseorang lebh positif dan kelihatan bersemangat. dan aku sedang berusaha melangkah masuk kedalam sifat yang sebegitu..

No comments:

Post a Comment